SOALAN LAZIM
BAGAIMANA FUNGSI PEMFAKTORAN
Pemfaktoran membantu anda menyelesaikan jurang aliran tunai dan juga membantu untuk mendapatkan diskaun belian. Laporan kami membolehkan pengurusan teratur untuk kutipan dan penerimaan bagi memberi petunjuk kepada anda dalam membuat keputusan yang baik.
APAKAH JENIS CAJ YANG PERLU SAYA BAYAR
Anda hanya perlu membayar caj nominal ke atas jumlah kasar inbois yang difaktorkan.
ADAKAH SAYA PERLU MENYEDIAKAN SEBARANG CAGARAN
Secara am tidak. Hanya jaminan dari pengarah-pengarah dan/atau pemegang saham yang biasanya diperlukan.
KENAPA SAYA PERLU MEMBAYAR CAJ PEMFAKTORAN
Untuk perkhidmatan pengurusan professional akaun penerimaan kami dimana anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan anda.
BAGAIMANA FUNGSI PRA-PEMFAKTORAN
Pra pemfaktoran menyediakan modal kerja tambahan terutama jika perniagaan anda sedang berkembang atau bila anda menjangkakan peningkatan pesanan. Ia pelengkap kepada kemudahan pembiayaan anda.
APAKAH JENIS CAJ YANG PERLU SAYA BAYAR
Selain caj bank yang biasa untuk pengeluaran surat kredit, anda hanya perlu membayar yuran tetap pengesahan untuk setiap surat kredit yang dikeluarkan bergantung kepada amaun surat kredit tersebut. Jika bayaran pendahuluan dibuat bagi pihak anda, kadar keuntungan akan dicaj ke atas amaun pendahuluan tersebut.